Sunday, February 5, 2012

ketenangan sebenar

selama ini aku tidak mengerti apa itu ketenangan sebenar
yang ku temui hanyalah bersifat sementara.tidak kekal
betapa jauh tersasar diri ini dari tujuan hidup sebenar
ramai orang menyalah tafsirkan erti hidup ini
dunia ini hanya sementara,tiada apa untuk kita kejarkan
Allah swt menjadikan manusia di muka bumi ini sebagai khalifah
khalifah bukan bermaksud kita adalah yang terbaik di dunia ini
khalifah yang dimaksudkan oleh Allah maha agung ini adalah mukmin yang mengabdikan diri kepadaNya
mengikut ilmuan tasawwuf,haiwan terbahagi kepada dua,
haiwan yang tidak boleh berkata-kata dan yang boleh berkata-kata.
haiwan yang berkata-kata ini adalah manusia (hayawannaqit).
dan manusia itu perlu hindari daripada tiga sifat untuk menjadi insan.
tiga sifat ini adalah sifat syaitan,pemarah,dan bersifat seperti haiwan peliharaan.
betapa hanyutnya diri ini dengan kejahilan diri sendiri.
ya Allah,tunjukkanlah aku jalan yang lurus,dalam tidak sedar,
17 kali kita meminta kepada Allah,ihdinas siratal mustaqim.
17 kali disini adalah bilangan rakaat setiap hari yang wajib bagi setiap muslim.
terima kasih Ya Allah kerana menunjukkan jalan yang sebenar kepadaku.
aku sebagai insan yang daif,masih banyak kekurangan pada diri ini.
terima kasih Ya Allah kerana sedikit demi sedikit aku telah menemui erti ketenangan sebenar.
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment